sesiapa yang jatuh cinta ,kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya,maka dia adalah sesorang yang syahid
(Riwayat Hakim,ibn Asakir,al-Dailami)
BAHAYA CINTA SEBELUM KAHWIN
- perasan tak bila orang bercinta sebelum kahwin ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.Waktu bercinta semua indah bila bersama ,bila berjalan berpegang tangan tanpa rasa bersalah dalam hati.Kebanyakan orang bercinta zaman sekarang yang haram dihalalkan,yang halal ditinggalkan.Mengapa ini terjadi?
- Bila bercinta kita terlalu merindui pasangan yang tidak halal seumpama kita membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakan kita daripada-Nya.Bila bercinta perasaan rindu akan menguasi diri sampaikan waktu solat,kita sanggup tinggalkan kerana bermesej dan bergayut dengan pasangan untuk melepaskan segala rindu di dalam hati.
- Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan.Bila terlalu rindu kita akan berusaha untuk berjumpa walaupun sesibuk mana kehidupan pasangan ,Ibu bapa adakah kamu lupai?cuba kita buat begini untuk ibu bapa, curi waktu terluang untuk balik kampung kalau kampung jauh bergayut la dengan ibu bapa ini tidak ada waktu terluang sikit cari pasangan .
- Bila bercinta perasan tak kita menjadi tak rasional jika benar-benar mabuk cinta ?Apabila hubungan terputus kecewa tahap yang membimbangkan sampai sanggup membunuh dan mengambil dadah,Sekarang banyak kes membunuh disebabkan cinta yang tidak halal, tak ke bahaya bercinta sebelum kahwin ?
kalau suka,jumpalah ibu bapa.Sayangnya ,tiada yang berani,tanda tak bersedia.Kalau tak sedia,kenapa nak bercinta ?Bukankah itu pintu zina semata-mata?Nauzubillah.
Pesanan untuk diri sendiri jugak kerana aku masih lalai dalam kehidupan yang penuh dugaan.