Selasa, 5 Mei 2015

bahaya cinta sebelum kahwin

cinta yang bertandang di lubuk hati itu fitrah.Namun,apabila ia disusuli tindak-tanduk yang tidak Allah redai,ia akan bertukar menjadi fitnah.


sesiapa yang jatuh cinta ,kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya,maka dia adalah sesorang yang syahid
(Riwayat Hakim,ibn Asakir,al-Dailami)


BAHAYA CINTA SEBELUM KAHWIN 

  • perasan tak bila orang bercinta sebelum kahwin ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.Waktu bercinta semua indah bila bersama ,bila berjalan berpegang tangan tanpa rasa bersalah dalam hati.Kebanyakan orang bercinta zaman sekarang yang haram dihalalkan,yang halal ditinggalkan.Mengapa ini terjadi?


  • Bila bercinta kita terlalu merindui pasangan yang tidak halal seumpama kita membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakan kita daripada-Nya.Bila bercinta perasaan rindu akan menguasi diri sampaikan waktu solat,kita sanggup tinggalkan kerana bermesej dan bergayut dengan pasangan untuk melepaskan segala rindu di dalam hati.


  • Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan.Bila terlalu rindu kita akan berusaha untuk berjumpa walaupun sesibuk mana kehidupan pasangan ,Ibu bapa adakah kamu lupai?cuba kita buat begini untuk ibu bapa, curi waktu terluang untuk balik kampung kalau kampung jauh bergayut la dengan ibu bapa ini tidak ada waktu terluang sikit cari pasangan .



  • Bila bercinta perasan tak kita menjadi tak rasional jika benar-benar mabuk cinta ?Apabila hubungan terputus kecewa tahap yang membimbangkan sampai sanggup membunuh dan mengambil dadah,Sekarang banyak kes membunuh disebabkan cinta yang tidak halal, tak ke bahaya bercinta sebelum kahwin ?




kalau suka,jumpalah ibu bapa.Sayangnya ,tiada yang berani,tanda tak bersedia.Kalau tak sedia,kenapa  nak bercinta ?Bukankah itu pintu zina semata-mata?Nauzubillah.



Pesanan untuk diri sendiri jugak kerana aku masih lalai dalam kehidupan yang penuh dugaan. 




Ahad, 3 Mei 2015

hikmah hukum:khinzir sebagai najis berat

kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama,mempunyai cabaran besar dalam kehidupan.Dengan hidangan kartun yang kebanyakannya merupakan karya orang bukan muslim,maka tidak peliklah jika nilainya tidak seperti yang kita harapkan sebagai muslim.


Seperti watak anjing dan khizir itu sengaja diadakan,padahal banyak lagi binatang-binatang comel yang boleh diaksikan.Sekarang cuba lihat banyak kartun yang ditayangkan anjing baik suka tolong orang dalam kesusahan dan kucing jahat yang suka memusnahkan orang lain padahal kucing haiwan kesukaan nabi rasulullah s.a.w.Okey sudah merapu tentang anjing dan kucing pulak. 


FATAK SAINTIFIK
 -kenapa khinzir sebagai najis berat 

Hasil kajian daripadab 12 orang pakar sains yang dipimpin oleh Dr.Yoshihiro Kawaoka dari Universiti Wisconsin menunjukkan .Pada kerongkong khizir  terdapat sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk yang berbahaya .



Virus binatang yang biasanya tidak menjangkiti manusia tiba-tiba bertukar menjadi kuman berbahaya yang mampu menjangkiti manusia selepas memasuki sel-sel dalam khizir .Jadi setiap larangan Allah ada hikmahnya,kita sebagai manusia yang dikurnia otak boleh berfikir dan mengkaji sesuatu perkara untuk mengetahui disebalik larangan Allah dan perintah Allah


sekian terima kasih




luahan hati dalam peniagaan

Aku tahu aku baru terlibat dalam perniagaan yang penuh dugaan dan ragam manusia
Aku tahu aku masih tidak mahir dalam pernigaan dan menerangkan dengan baik ,
masih banyak yang perlu aku belajar  untuk meningkatkan pengetahuan aku dalam peniagaan
Aku tahu aku bnyak kelemahan dalam ilmu tapi aku akan berusaha semampu aku


Kadang-kala ada jugak terfikir ingin berputus asa dalam perniagaan
dan akhirnya aku putus harapan dan kecewa dalam perniagaan
tapi akhirnya aku tersedar bahawa ini semua ujian Allah.
Aku tidak perlu mengambil kesah tentang kata-kata menyakitkan.
Aku hanya perlu befikir tentang ibu,abah,adik nizam 
untuk kos bayaran keperluan masa hadapan.



Dan akhirnya aku bangun tapi aku lalai tentang master checklist 
mana janji aku untuk mengamal master checklist ,mana !!
Ya Allah kenapa aku begini ,kenapa ??
Ya Allah aku memohon keampunan kerana kelalaianku .
Berubah la amy jangan lalai lagi !!
kau kena buat jadual yang tersusun 
lagi-lagi nak sambung belajar
berusaha la dan yakin
Amy kau boleh buat !!! 
kau boleh !!


Sabtu, 2 Mei 2015

tips diet semasa berpuasa untuk mendapat kesihatan yang baik



diet bermaksud pengambilan makanan oleh seeorang individu.Pengambilan makanan adalah penting untuk memelihara dan meninggkatkan kesihatan sesesorang .bagi tujuan ini , amalan pemakanan berdasarkan peruntukan diet harian yang disarankan dan piramid makanan adalah penting untuk mencapai diet yang seimbang dan sihat .


okey sekarang amy nak kasi tips macam nak diet semasa  bulan puasa untuk mendapat badan idea yang diidamkan .Kalau amy dulu kan tak tahu pun apa itu berat seimbang tak kesah pun malah amy nak lagi kurus yela amy ni kecik dekat kawasan pinggang je tapi pipi tembam dan peha besar tak lawa.Bila mengadu dekat mak tentang pipi tembam mak cakap dah jenis awak mcam tuh nak buat macam mana lagi . Pipi naik masa tingkatan 3 waktu tuh makan banyak sangat ,masih ku ingat lagi kejadian amy makan tak ingat dunia disebabkan stress. Bolehkah undur waktu? tamau pipi tembam . okey sudah merapu pulak ,maaf :)

tip 1 atur menu makan
-pengambilan makanan berkhasiat semasa sahur ataupun berbuka walaupun menu sederhana.Pastikan makan yang diambil mengandungi lima unsur gizi lengkap seperti protein,lemak,karbohirat,vitamin,dan mineral .Ingat lagi bila puasa suka sangat pergi bazar beli makanan macam-macam tapi tak habis terlampau kenyang lepas itu mula la malas ,apa nak jadi la amy ne .


 tip2 bersukan saat berpuasa .
-bila dengar rasa macam eh boleh ke nanti haus macam mana tak akan nak minum air pulak bulan puasa kan ?kalau macam ne boleh pingsan .okey ! ,ada baiknya sukan tetap dilakukan bagi menyokong program diet selama bulan puasa.Waktu yang tepat melakukan nya adalah satu ataupun dua jam sebelum berbuka dan hidari melakukan olaraga yang terlalu berat.Siapa yang tidak bersenam bukan bulan puasa mesti la payah kan ? jadi korang kena lakukan perubahan ! . Kalau bukan bulan puasa ada jugak amy bersenam tapi pagi bila pagi kadang itu tak bangun pun .

tip3 Jangan terus tidur sesudah bersahur
-Tubuh memerlukan waktu bagi mencerna makanan ,harus ada waktu yang cukup sekitar tiga puluh minit selepas makan sahur .Hal ini bagi mengelakkan terganggunya proses metabolisme .Dulu amy suka tidur lepas sahur sebab rasa waktu tidur amy berkurangan kerana terpaksa bangun lebih awal berbanding hari-hari tidak berpuasa kerana perlu bersahur .Dapat tidur 15minit pun sudah cukup.hehehe ! tapi semakin membesar ini nak tidur lepas sahur rasa tak boleh nak tutup mata tak tahu la sebab apa .

tip 4 Elakkan minuman air dingin dan kadungan gula tinggi 
Jangan minum air sejuk atau air manis ketika berbuka.Seeloknya air hangat.Perut akan menjadi kembung apabila minum air sejuk kerana asid perut di dalam tubuh akan meningkat ! .Biasanya orang suka minum air manis dan berais kerana rasa lebih sedap lagi-lagi bila haus .Nikmatlah katakan apibila air berais  melalui tekak yang kering-kontang..hehe !


okey sudah amy bagi tip nak ikut boleh tak ikut tak apa janji korang bahagia dalam kehidupan korang.Semoga berjaya mendapat kesihatan lebih baik :)








diam ada makna



Sering berlaku dalam komunikasi, ada orang langsung tidak memberi respons.tiada sebarang tidak balas hanya diam sahaja.sesungguhnya diam membawa seribu erti .sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud '' sesiapa yang beriman kepada allah dan hari akhirat hendaklah berkata benar atau diam .''(Riwayat al-bukhari)





diam terpaksa - zaman amy kecil dulu apabila orang lebih tua bercakap ,amy disuruh diam jangan menyampuk orang tua bercakap.kalau ikutkan rasa hati amy ingin menyampuk kerana pada masa itu amy rasa ada sesuatu untuk dicakap .disebabkan tegahan tadi membuat amy akur berdiam diri .





diam sombong - sering berlaku dalam kelas,guru seusai mengajar akan bertanya ''faham semua'',namun murid diam tanpa sebarang jawapan .inilah diam sombong kerana tidak tahu sama ada faham ataupun tidak

diam malas- ada seseorang banyak idea untuk memberi cadangan tetapi dia hanya berdiam diri kerana katanya jika cadangan diterima nanti,dialah yang akan bertanggungjawab untuk melaksanakannya,jadi lebih baik diam





diam marah- diam marah ada baik dan buruk ,jika kita terlibat dengan pergaduhan diam lebih baik supaya pergaduhan tidak berpanjangan . ''apabila salah seorang antara kalian marah sedangkan dia berdiri maka hendaklah dia duduk ,agar kemaharannya hilang.apabila marah belum reda maka hendaklah dia berbaring.''(Riwayat Abu Daud) .Keburukan pula, jika kita terlalu memendamkan kemaharan dalam hati tanpa meluahkan boleh menimbulkan dendam dan darah tinggi








tambah kenalan dengan join segmen-blogwalking give away by una


http://kisahsigadisleo.blogspot.com/2015/05/segmen-blogwalking-give-away-by.html

amy nak join segmen blogwalking & give away sebab nak tambah kenal ,yela tak pernah buat blog baru nak berjinak-jinak sebab bila dah besar nanti ingat nak baca balik semua pengalaman amy dalam blog http://luahanfarhana.blogspot.com/ .hehe ! .minta-minta dengan ada blog amy dapat tambah kenalan :) amin .


umur 18 tahun masih muda tau
sesorang pendiam dan pemalu tapi kalau dah biasa mulut macam itik
makanan kesukaan segala sup bila mak masak sup gerenti habis nasi
kuat berangan dan kelam kabut 
suka benda berkaitan sejarah dunia,amy bukan kaki buku tapi kaki menghafal
perangai masih macam budak-budak dan tak matang 
suka baca novel cinta dengan penuh tangisan
amy pengedar sah shaklee 
sesorang yang ringkas dan tidak suka bermakeup
anak ke 8 daripada 10 orang adik beradik
kuat ketawa macam tak ingat dunia bila gembira
suka budak kecik yang comel-comel.
kuat marah bila tengah stress
mudah terasa tapi sembunyi 
makan ikut mood


Banyak dah ni tentang amy sampai rasa benda tak penting pun kasi tau ,biarkan janji bahagia :)
harap dapat ramai kawan bila buat blog .


blog amy kagum mentor shaklee amy dia seorang yang baik ,sabar melayan amy yang tak tahu apa-apa tentang perniagaan tapi jasa dia alhamdulillah amy sudah mampu menjual barang online dan jual face to face .dia seorang doktor tau masa mula-mula kenal tak tahu pun dia kerja apa .dah kenal dia lebih rapat amy tergerak hati nak tanya tentang perkerjaan dia sekali dia cakap doktor terus kagum sebab seorang doktor pun menggunakan produk shaklee







Tip menguatkan memori

NYAHKAN Tabiat Mudah Lupa !! .Ramai remaja yang mengalami masalah kerap terlupa dan sukar mengingat ilmu yang dipelajari.Akibatnya ,peperiksaan yang sepatutnya dihadapi dengan mudah bertukar menjadi mimpi ngeri .Formula yang diingat dan fakta yang dihafal akhirnya hilang begitu sahaja pada waktu diperlukan untuk menjawab soalan . 

                                     tips Menguatkan Memori .



TIP 1 - NIAT UNTUK MENGINGAT 
* bila dengar seperti kelakar tetapi ia teknik yang sangat berkesan. Sebagai contoh,amy pernah mengalaminya . Apabila cikgu mengajar ,cikgu akan memberi amaran kepada kami bahawa setiap perkara yang cikgu terangkan akan disoal semula pada akhir kelas .Menariknya , ramai budak kelas amy dapat mengingat dengan baik ! . Rahsianya ialah apabila kita diberi amaran kita akan fokuskan minda untuk mendengar setiap keterangan cikgu .Ajaibnya kita dapat menyerap maklumat dengan mudah kerana hati turut bersedia .JADI APABILA KITA BELAJAR KITA MESTI BERNIAT UNTUK MENGINGAT !



TIP 2 -NOTA BERGAMBAR DAN BERWARNA
*otak manusia sangat tertarik kepada bentuk bergambar dan berwarna. Nota yang penuh dengan tulisan akan membuat kita berasa bosan ,sama juga masa amy berajar bila tengok buku penuh dengan tulisan akan berasa mengantuk dan tidak dapat menghafal dengan baik .jadi kita boleh lihat kuasa buku yang mempunyai gambar dan warna akan mudah menarik meminat kita untuk mengingat dengan penuh rasa gembira .



TIP 3 REPETITION IS THE MOTHER OF KNOWLEDGE 
*amy mudah untuk mengingat dan menghafal apabila amy baca dan menulis secara berulang kali . Apabila amy mengulang perkara yang perlu diingat ,maklumat itu dengan mudah melekat di minda.amy sentiasa  mengamalkan dalam kehidupan sebagai pelajar ,percaya kepada diri bahawa ingatan kita akan menjadi kuat ,kerana pengulangan ialah IBU KEPADA PROSES PEMBELAJARAN



TIP 4 PEMAKANAN SEIMBANG 
*kita selalu dengar guru memberi nasihat jaga pemakanan kita semasa belajar kerana pemakanan akan mempengaruhi minda kita . Makanan yang sering kita dengar untuk minda antarnya :
Kismis, kalau waktu peperiksaan penting seperti SPM cikgu akan memberi semua murid kismis sebelum pelajaran untuk menajamkan minda .sayur-sayur hijau ,kebanyakan remaja tidak gemar bagi mereka sayur tidak sedap! macam kena dibatang hidung sendiri jer amy .haha! .
ikan . kenapa ikan ? kerana ikan mengandungi omega yang tinggi untuk pelajar mengingat dengan mudah .Ingat lagi sebelum peperiksaan cikgu akan panggil banyak penceramah dah la kadang itu dengar perkara sama jer .



Ada beberapa penceramah pesan makan Omega ,amy punya la semangat dengar sebab dia kasi tip dia suruh amalkan omega terus cari omega yang baik untuk minda, dengan izin Allah amy terbuka hati ingin guna OMEGA GUARD SHAKLEE ! memang berkesan lagi-lagi amalkan dari mula tapi pesan Penceramah Masih tidak terlambat








Jumaat, 1 Mei 2015

vitamin kecantikan amy




ESP shaklee buat amy jatuh hati, jatuh sayang ,jatuh cinta ,semua la jatuh. Kalau nak dikira harga murah ! jimat lagi tahu sebab amy membuat perkiraan sebelum membeli sesuatu produk dan amy akan mengkaji produk dalam berbulan-bulan . Esp shaklee tahan lama tahu mengikut kegunaan dalam 2 atau 3 bulan tak perlu lagi beli setiap bulan jimat bajet .hehe !



Esp shaklee dapat turunkan berat badan amy kalau displin sebab bila minum esp shaklee dapat mengawal selera makan lagi bila bosan dan stress nasi dan makan ringan jela amy akan cari tapi sejak amy DISPLIN minum esp amy akan rasa kenyang ! tak perlu lagi mencari makanan dalam peti sejuk! siapa tidak gembira bila dapat kawal selera kan ?



ESP shaklee membuat badan amy cepat bertenaga dan tak letih apabila kerja banyak.Kalau sebelum amalkan esp shaklee amy asyik mengantuk jer .Bila buat kerja sikit mula la kerja tak kemas,tak siap,tertanggung dah timbul masalah lain .Tapi sekarang sebelum buat kerja minum esp shaklee dapat tenaga bertambah tak rasa mengantuk lagi buat kerja atau belajar pun mudah ,tak perlu lagi curi-curi tidur




esp shaklee dapat mengatasi masalah kulit kusam tak bermaya .siapa mempunyai masalah kulit kusam ? sila angkat kaki anda .hehe ! amy mengalami masalah kulit kusam dulu sebab suka tidur lewat,suka tak basuh muka dengan pencuci sebab malas bila timbul jerawat mula la gelabah . tapi sekarang alhamdulillah kulit yang kusam yang membuat kulit amy nampak gelap sudah hilang yang best nye nak keluar jemput adik atau mak , tidak perlu lagi pakai bedak sebab muka sudah nampak berseri-seri.Perasan sudah .




Berminyak ? amy dulu ada masalah kulit minyak bila tengah panas boleh goreng telur dadar. pakai bedak compact mulalah nampak bercampuk ! buruk sangat , malu betul rasa rendah diri datang nak angkat muka pun malu . Amy mengalami masalah kulit minyak zon T. SEKARANG ? dah keluar tak pakai apa-apa pun tetap ada orang puji tahu.kenapa kulit licin sangat? eh kau memang jerawat tak ada ke? amy akan jawab ada jugak tapi bila datang cepat je dia kecut lepas itu dia hilang dibawa orang .




Naik jerawat ? ini memang setiap manusia tidak boleh lari .amy ingat lagi masa habis SPM jerawat datang bawa geng semua keturunan dia .ada 2 kentul jerawat besar kawasan dagu dan dahi terkejut amy tahu sampai adik amy tanya akk amy kepala dahi akk amy binjul ke ? amy dengan kecewa kerana jerawat menjawab biasalah adik akk dah besar ? amy tanya mak itu bisul atau jerawat batu ? rupa dia macam ni memeng menyeramkan selalu tengok cermin sebab geram Tapi alhamdulillah amy amalkan setD(b,c,e) dan esp , parut  jerawat lama ke baru ke semakin hilang ! . apabila semula masalah kulit amy dapat diatasi kulit semakin cerah dan nampak glowing





Bintik hitam?bintik putih ? pori besar ? kalau jenis pemalas cuci muka dan tak reti menjaga kulit memang akan wujud masalah ni . sebelum pakai shaklee amy suka guna bedak compact tapi yang tak best nampak bintik putih di kawasan hidung memang memburukan muka betul la .Disebabkan pori besar lah kawasan dagu amy mudah naik jerawat ,bila usik pun tak best sebab tak licin . Dan amalkan makan shaklee, semua alatan mekaup amy letak dalam almari buat perkasam. haha ! 


Rambut lebat ? amy suka tengok rambut lebat ,kilat,licin .rasa cemburu itu memang ada la memang tak dapat dielakkan lagi . tapi sejak makan esp shaklee amy perasan rambut amy banyak anak rambut tumbuh ! suka sangat , ramai orang tegur tahu masa balik kampung amy nampak lain sangat . 


rambut makin sihat ? yela dulu rambut amy gugur lagi-lagi amy pernah mengalami penyakit TRICHOTILLOMANIA yang dikenali tarik rambut sendiri kerana emosi tidak stabil tapi tak terlalu teruk sampai nak botak tengah macam orang tua yang selalu kita tengok .hehe ! tapi sekarang masalah penyakit ini amy dapat diatasi dengan shaklee .kelelumur pun makin kurang ,rambut kering semakin kurang .







matlamat hidup penting untuk kejayaan




matlamat hidup ? siapa tiada matlamat alangkah rugi manusia yang tidak berusaha untuk mencapai matlamat hidup .kita haruslah sentiasa berani mencoba sesuatu perkara .ingatkan diri bahawa Allah sentiasa ada untuk orang yang berusaha dan tawakkal .Teknik utama yang perlu kita lakukan untuk berjaya adalah sentiasa mencari kesalahan diri bukanya mencari kesalahan orang lain .

    '' nyahkan istilah putus asa dengan ujian dan kekecewaan yang bakal dihadapi serta sentiasa yakinkan diri apabila Allah yang menjemput , maka pintu kejayaan itu pasti terbuka untuk kita! ''

                           

sepertimana kita bersorak gembira melihat seseorang jatuh kegagalan tetapi masih berusaha untuk bangun mencapai kemenangan . Kita boleh mengambil sebagai pengajaran dalam kehidupan kita untuk lebih berjaya dan tabah menghadapi halangan hidup .

tips untuk membongkar dan membina kejayaan diri yang diimpinkan

marilah menunaikan solat.itu strategi kita -jaga solat kita ,jika kita tidak menjaga solat ,adakah kita berjaya dalam keberkatan Allah. apabila kita mendengar laungan azan ,haiyya 'alasolah (marilah menunaikan solat) adakah kita masih di atas katil ? masih bermain internet ? masih lepak-lepak? solat ialah strategi utama untuk kita menuju kejayaan .Tanpa solat ,strategi lain yang menjadi pilihan kita untuk kejayaan dan bahagia ,pasti akan bocor sana ini .

Allah maha besar ,.itu pergantungan dan talian hayat kita - apa yang paling penting ,dalam apa jua situasi kita, ambil peluang untuk kaitkan kehidupan dengan kebesaran dan kekuasaan Allah agar akal separa sedar kita termaktub bahawa Allah itu Maha Besar .tidak ada lagi power daripada Allah.Hilangkan keresahan dan kekecewaan kita ! katakan kepada diri selalu kemana kita pergi,Allah tahu.Apa kita rasa ,Allah tahu. Apa yang telah usahakan ,Allah nampak dan Allah akan memberi rezeki tanpa kita sedar.





cara mendapat ramai kawan





Orang cakap kawan biar seribu ,musuh jangan dicari tapi korang terfikir tak bila masa kita mencari musuh ? adakah dengan perangai kita disebabkan mereka menyampah ? maybe.Jadi ,kita harus membuat baik dengan sesiapa sahaja tapi kenapa masih orang tak suka? pelik .Rupanya kita tak mampu membuat semua orang suka kita ,hanya berdoa sahaja yang boleh membuka hati mereka untuk menyukai kita . Sekarang amy nak kasi tip macam mana nak mendapat ramai kawan




tip 1 sentiasa mengikuti aktiviti yang dianjurkan 
bila fikir singkat mesti ada dalam otak waktu belajar jer ikut aktiviti .Eh bukan waktu belajar jer tahu waktu kita dah tua pun banyak aktiviti .sebagai contoh ,tempat tinggal korang mesti ada buat program bukan ? kempen ?tak kira la kempen apa janji kempen , gotong royong bersihkan kawasan perumahan ?. Waktu aktiviti korang dapat tambah kenalan, janganlah sombong hanya bercakap dengan geng korang ,bertegur dengan orang tak kenal kalau malu sangat senyum insyaallah diorang yang akan tegur .Bila dah tegur korang dapat mengukuhkan kebolehan untuk menyesuaikan diri dan bergaul .


tip 2 Mendengar dengan baik
banyakan mendengar , kurangkan bercakap. Bila kita terlalu banyak bercakap orang akan rasa menyampah lagi-lagi ada perasaan riak dan waktu kita bercakap kita tak sedar akan menyakitkan hati orang lain tapi jangan diam sampai ta kasi respon .Jadi berikan kawan bercerita bukan kita jer yang bercerita tak berhenti sampai jemu kawan tuh .



tip  3 jangan mengutuk dibelakang tetapi memuji mereka dibelakang .

bila korang dengar rasa pelik ? tak pelik pun tip no 3 paling saya suka . Siapa suka dikutuk dibelakang tetapi didepan baik sangat sampai pijak semut 10 kali pun tak mati . hye ! bila korang kutuk kawan korang akan menyebabkan korang kehilangan kawan tahu ,ntah siapa la nak berkawan dengan kaki mengutuk . Memuji mereka dibelakang ? jarang ada orang macam ini kecuali setia kawan.Bila orang cakap keburukan kawan , korang  diharuskan mempertahan nama kawan dan betulkan apa yang diorong fikir tentang kawan korang !





tip 4 Jangan memalukan kawan

apa yang kita cakap atau lakukan ,elakkan daripada menjatuhkan air muka kawan  kerana manusia ini akan bercakap apa yang difikir .Sebagai contoh,kawan korang cakap terpelat sikit sebab banyak cakap tanpa henti,janganlah korang ketawa dan menyebutkan perkataan yang pelat , bagi korang itu gurau tapi dia ? tapi betulkan kesalahan kawan semasa tiada orang dan cakap elok-elok atau pun buat bodoh jer sebab perkara kecik kalau memang betul dia pelat . Waktu itu, korang tolong kesalahan sebutan dia jangan mengejek ! kerana setiap orang ada kelemahan .


korang tak ramai kawan ? korang rasa tersisih ? boleh la ikut tips yang amy kasi ni walaupun tak banyak tapi insyaallah dapat membantu . Selamat Berkenalan tamau sombong-sombong tahu :)



Allah sayang kita , ujian hanya untuk menguji .






Tanda Allah Ingat Akan Kita ? setiap orang mempunyai ujian mengikut kemampuan . Sabar dan bersyukurlah pada- Nya kerana Allah masih mengambil berat tentang kita dengan memberi ujian supaya kita sentiasa memohon pertolongan Allah .

Andai kita dalam kesusahan dan kekecewaan ,usahlah merintih dan mengeluh tetapi berusaha hadapinya dengan tabah kerana kejayaan akan hadir selepas usaha dan sabar menempuh segala kesusahan .

hebatnya kasih sayang Allah kepada hamba-hamba-Nya .Dia tidak pernah membiarkan kita sendirian.jika kita berasa sendirian di dalam kalangan manusia ingatlah Allah sentiasa sudi mendengar luahan hati kita mahupun dalam kesusahan dan kesenangan .

Bersyukurlah dengan segala kurniaan Allah kepada diri kita kerana itu tanda kita mencinta-Nya.bahagia ada dalam hati yang dipenuhi dengan iman . 

Doa apabila dalam kesusahan