Sabtu, 2 Mei 2015

tips diet semasa berpuasa untuk mendapat kesihatan yang baik



diet bermaksud pengambilan makanan oleh seeorang individu.Pengambilan makanan adalah penting untuk memelihara dan meninggkatkan kesihatan sesesorang .bagi tujuan ini , amalan pemakanan berdasarkan peruntukan diet harian yang disarankan dan piramid makanan adalah penting untuk mencapai diet yang seimbang dan sihat .


okey sekarang amy nak kasi tips macam nak diet semasa  bulan puasa untuk mendapat badan idea yang diidamkan .Kalau amy dulu kan tak tahu pun apa itu berat seimbang tak kesah pun malah amy nak lagi kurus yela amy ni kecik dekat kawasan pinggang je tapi pipi tembam dan peha besar tak lawa.Bila mengadu dekat mak tentang pipi tembam mak cakap dah jenis awak mcam tuh nak buat macam mana lagi . Pipi naik masa tingkatan 3 waktu tuh makan banyak sangat ,masih ku ingat lagi kejadian amy makan tak ingat dunia disebabkan stress. Bolehkah undur waktu? tamau pipi tembam . okey sudah merapu pulak ,maaf :)

tip 1 atur menu makan
-pengambilan makanan berkhasiat semasa sahur ataupun berbuka walaupun menu sederhana.Pastikan makan yang diambil mengandungi lima unsur gizi lengkap seperti protein,lemak,karbohirat,vitamin,dan mineral .Ingat lagi bila puasa suka sangat pergi bazar beli makanan macam-macam tapi tak habis terlampau kenyang lepas itu mula la malas ,apa nak jadi la amy ne .


 tip2 bersukan saat berpuasa .
-bila dengar rasa macam eh boleh ke nanti haus macam mana tak akan nak minum air pulak bulan puasa kan ?kalau macam ne boleh pingsan .okey ! ,ada baiknya sukan tetap dilakukan bagi menyokong program diet selama bulan puasa.Waktu yang tepat melakukan nya adalah satu ataupun dua jam sebelum berbuka dan hidari melakukan olaraga yang terlalu berat.Siapa yang tidak bersenam bukan bulan puasa mesti la payah kan ? jadi korang kena lakukan perubahan ! . Kalau bukan bulan puasa ada jugak amy bersenam tapi pagi bila pagi kadang itu tak bangun pun .

tip3 Jangan terus tidur sesudah bersahur
-Tubuh memerlukan waktu bagi mencerna makanan ,harus ada waktu yang cukup sekitar tiga puluh minit selepas makan sahur .Hal ini bagi mengelakkan terganggunya proses metabolisme .Dulu amy suka tidur lepas sahur sebab rasa waktu tidur amy berkurangan kerana terpaksa bangun lebih awal berbanding hari-hari tidak berpuasa kerana perlu bersahur .Dapat tidur 15minit pun sudah cukup.hehehe ! tapi semakin membesar ini nak tidur lepas sahur rasa tak boleh nak tutup mata tak tahu la sebab apa .

tip 4 Elakkan minuman air dingin dan kadungan gula tinggi 
Jangan minum air sejuk atau air manis ketika berbuka.Seeloknya air hangat.Perut akan menjadi kembung apabila minum air sejuk kerana asid perut di dalam tubuh akan meningkat ! .Biasanya orang suka minum air manis dan berais kerana rasa lebih sedap lagi-lagi bila haus .Nikmatlah katakan apibila air berais  melalui tekak yang kering-kontang..hehe !


okey sudah amy bagi tip nak ikut boleh tak ikut tak apa janji korang bahagia dalam kehidupan korang.Semoga berjaya mendapat kesihatan lebih baik :)








Tiada ulasan:

Catat Ulasan