Jumaat, 1 Mei 2015

Allah sayang kita , ujian hanya untuk menguji .






Tanda Allah Ingat Akan Kita ? setiap orang mempunyai ujian mengikut kemampuan . Sabar dan bersyukurlah pada- Nya kerana Allah masih mengambil berat tentang kita dengan memberi ujian supaya kita sentiasa memohon pertolongan Allah .

Andai kita dalam kesusahan dan kekecewaan ,usahlah merintih dan mengeluh tetapi berusaha hadapinya dengan tabah kerana kejayaan akan hadir selepas usaha dan sabar menempuh segala kesusahan .

hebatnya kasih sayang Allah kepada hamba-hamba-Nya .Dia tidak pernah membiarkan kita sendirian.jika kita berasa sendirian di dalam kalangan manusia ingatlah Allah sentiasa sudi mendengar luahan hati kita mahupun dalam kesusahan dan kesenangan .

Bersyukurlah dengan segala kurniaan Allah kepada diri kita kerana itu tanda kita mencinta-Nya.bahagia ada dalam hati yang dipenuhi dengan iman . 

Doa apabila dalam kesusahan 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan