Sabtu, 2 Mei 2015

diam ada makna



Sering berlaku dalam komunikasi, ada orang langsung tidak memberi respons.tiada sebarang tidak balas hanya diam sahaja.sesungguhnya diam membawa seribu erti .sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud '' sesiapa yang beriman kepada allah dan hari akhirat hendaklah berkata benar atau diam .''(Riwayat al-bukhari)





diam terpaksa - zaman amy kecil dulu apabila orang lebih tua bercakap ,amy disuruh diam jangan menyampuk orang tua bercakap.kalau ikutkan rasa hati amy ingin menyampuk kerana pada masa itu amy rasa ada sesuatu untuk dicakap .disebabkan tegahan tadi membuat amy akur berdiam diri .





diam sombong - sering berlaku dalam kelas,guru seusai mengajar akan bertanya ''faham semua'',namun murid diam tanpa sebarang jawapan .inilah diam sombong kerana tidak tahu sama ada faham ataupun tidak

diam malas- ada seseorang banyak idea untuk memberi cadangan tetapi dia hanya berdiam diri kerana katanya jika cadangan diterima nanti,dialah yang akan bertanggungjawab untuk melaksanakannya,jadi lebih baik diam





diam marah- diam marah ada baik dan buruk ,jika kita terlibat dengan pergaduhan diam lebih baik supaya pergaduhan tidak berpanjangan . ''apabila salah seorang antara kalian marah sedangkan dia berdiri maka hendaklah dia duduk ,agar kemaharannya hilang.apabila marah belum reda maka hendaklah dia berbaring.''(Riwayat Abu Daud) .Keburukan pula, jika kita terlalu memendamkan kemaharan dalam hati tanpa meluahkan boleh menimbulkan dendam dan darah tinggi








2 ulasan:

  1. diam ni ialah salah satu ibadah yang ringan tak mengeluarkan tenaga. tapi, diam juga boleh menimbulkan fasad :)

    BalasPadam
  2. betul sebab tuh banyak makna diam ni :)

    BalasPadam