Jumaat, 1 Mei 2015

matlamat hidup penting untuk kejayaan




matlamat hidup ? siapa tiada matlamat alangkah rugi manusia yang tidak berusaha untuk mencapai matlamat hidup .kita haruslah sentiasa berani mencoba sesuatu perkara .ingatkan diri bahawa Allah sentiasa ada untuk orang yang berusaha dan tawakkal .Teknik utama yang perlu kita lakukan untuk berjaya adalah sentiasa mencari kesalahan diri bukanya mencari kesalahan orang lain .

    '' nyahkan istilah putus asa dengan ujian dan kekecewaan yang bakal dihadapi serta sentiasa yakinkan diri apabila Allah yang menjemput , maka pintu kejayaan itu pasti terbuka untuk kita! ''

                           

sepertimana kita bersorak gembira melihat seseorang jatuh kegagalan tetapi masih berusaha untuk bangun mencapai kemenangan . Kita boleh mengambil sebagai pengajaran dalam kehidupan kita untuk lebih berjaya dan tabah menghadapi halangan hidup .

tips untuk membongkar dan membina kejayaan diri yang diimpinkan

marilah menunaikan solat.itu strategi kita -jaga solat kita ,jika kita tidak menjaga solat ,adakah kita berjaya dalam keberkatan Allah. apabila kita mendengar laungan azan ,haiyya 'alasolah (marilah menunaikan solat) adakah kita masih di atas katil ? masih bermain internet ? masih lepak-lepak? solat ialah strategi utama untuk kita menuju kejayaan .Tanpa solat ,strategi lain yang menjadi pilihan kita untuk kejayaan dan bahagia ,pasti akan bocor sana ini .

Allah maha besar ,.itu pergantungan dan talian hayat kita - apa yang paling penting ,dalam apa jua situasi kita, ambil peluang untuk kaitkan kehidupan dengan kebesaran dan kekuasaan Allah agar akal separa sedar kita termaktub bahawa Allah itu Maha Besar .tidak ada lagi power daripada Allah.Hilangkan keresahan dan kekecewaan kita ! katakan kepada diri selalu kemana kita pergi,Allah tahu.Apa kita rasa ,Allah tahu. Apa yang telah usahakan ,Allah nampak dan Allah akan memberi rezeki tanpa kita sedar.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan